Sabah Talent Network
Rangkaian kreatif dan produksi Sabah

Temukan sumber produksi dalam satu rangkaian.

Sabah Talent Network menghimpunkan bakat, krew, penyedia lokasi dan pihak produksi dalam satu ruang yang lebih mudah untuk saling mengenali dan membina kerjasama.

Pendaftaran percuma Terbuka kepada warga kreatif Sabah Profil anda kekal dalam kawalan anda
Kenali STN utama

Lebih mudah untuk dikenali dan ditemukan

Ramai yang berbakat dan berpengalaman, tetapi belum mempunyai ruang yang sesuai untuk memperkenalkan diri. STN membantu mendekatkan warga kreatif Sabah dengan peluang dan kerjasama yang berkaitan.

Perkenalkan Diri

Kongsikan latar belakang, pengalaman dan hasil kerja supaya orang lain lebih mudah mengenali kemampuan anda.

Buka Ruang kepada Peluang

Profil yang lengkap membantu anda ditemukan apabila pihak produksi memerlukan bakat, kemahiran atau lokasi yang sesuai.

Temukan Rakan yang Sesuai

Pihak produksi boleh mengenali bakat, krew dan penyedia lokasi yang dapat membantu menjayakan sesuatu projek.

Mulakan Kerjasama

Berhubung secara baik, bincangkan kesesuaian dan bina hubungan profesional untuk peluang semasa atau akan datang.

Siapa boleh menyertai?

Satu rangkaian untuk warga kreatif Sabah

Sertai mengikut perkara yang anda tawarkan atau sumber yang sedang anda cari.

Bakat

Perkenalkan bakat, pengalaman dan hasil kerja agar lebih mudah dikenali oleh pihak produksi.

Krew

Tampilkan kemahiran dan pengalaman kepada produksi yang memerlukan tenaga kerja.

Penyedia Lokasi

Buka ruang kepada produksi yang sedang mencari lokasi penggambaran yang sesuai.

Produksi

Temukan bakat, krew dan lokasi dari Sabah untuk membantu menjayakan projek anda.

Cara bermula

Mulakan dengan tiga langkah yang mudah

Pendaftaran adalah percuma. Perkenalkan diri anda anda supaya lebih mudah dikenali dan ditemukan.

Pilih cara anda menyertai

Sertai sebagai Bakat, Krew, Penyedia Lokasi atau Produksi mengikut tujuan anda.

Perkenalkan diri anda

Kongsikan pengalaman, kemahiran, hasil kerja dan maklumat yang membantu orang lain mengenali anda.

Buka ruang kepada kerjasama

Profil anda boleh ditemukan oleh ahli lain yang sedang mencari bakat, krew, lokasi atau rakan produksi.

Buka ruang untuk peluang baharu.

Sertai komuniti yang menghimpunkan bakat dan sumber produksi Sabah dalam satu rangkaian.

Daftar Percuma